Wednesday, April 6, 2011

Not Just Another Blog : Wasilah

Bismillah..

Blog: Sharing is Caring

Sudah menjadi satu fenomena yang bukan 'alien' lagi untuk seseorang memiliki blog untuk diri sendiri.
Bukan sekadar 'Just Another Blog'.
Blog dan segala macam ruang yang ada pada masa kini, adalah 'hadiah' dari Allah kepada mereka yang ingin berkongsi ilmu & pengalaman yang membolehkan orang lain mendapat manfaat, langsung mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Sungguh beruntunglah bagi mereka yang menggunakan Blog, Facebook, Twitter & segala macam ruang komunikasi ini untuk menyampaikan kebaikan kepada orang lain. Bukankah Rasulullah pernah bersabda mafhumnya:

"Sampaikan dariku walau sepotong ayat"

Blog : Cermin kepada Blogger
Ternyata, Blog bukan sekadar Blog untuk meluahkan dan berkongsi pengalaman hidup. Bahkan tetapi, Blog adalah wakil atau cermin yang mimik pemiliknya. 
Sekiranya, setiap yang ditulis berbaur yang tidak baik.. apa mungkin hatinya bersih? 

Hati adalah Agung, Akal adalah Perdana Menteri. Maka setiap yang dititahkan oleh Agung, pasti akan dipenuhi Perdana Menteri. Begitu juga setiap perkataan yang terlintas dalam pemikiran kita, setiap satunya adalah 'perkataan' dari hati kita. 
Moga Allah bantu kita, menjaga hati kita, memberi kekuatan untuk perbaiki peribadi & tingkah laku kita.

Blog : Tsunami 
Situasi Da'wah kini berbeza dari dahulu. 
Kalau dahulu, surat menjadi penghubung, lembaran-lembaran kertas ditulis risalah-risalah tazkirah.
Tapi kini, surat diganti dengan email. Risalah-risalah tazkirah tidak terbatas dalam lembaran kertas sahaja.
Kini, Da'wah itu bukan lagi gelombang. Tetapi ia sudah menjadi Tsunami. 
Tsunami yang membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Menyertai 'Ombak' itu dan menjadi sebahagian daripadanya, pastinya akan menjadikan kita insan yang lebih besar hidupnya. Hidup untuk Ummah & Islam.
Ternyata beruntung bagi mereka yang menggunakan peluang & kebolehan yang diberikan oleh Allah untuk mengajak kepada kebaikan. 
A110  
  
Terakhir: Jangan Bersedih & berputus asa
Realitinya, kita berasa lemah & tak bersemangat apabila kerja kita tak mendapat perhatian dan penghargaan.
Namun, yakinlah bahawa akan sentiasa ada mereka yang menghargai dan menerimanya. 
Allah telah memberi jaminan bahawa Allah tidak mengira Hasil akan tetapi hanya akan menimbang usaha kita. 
Andai kita terus menerus menggunakan Blog, Facebook dan lain-lainnya sebagai medan Da'wah dan perkongsian ilmu, maka Allah pasti akan menerimanya.

Ingatlah, kalau membina Islam itu susah dan payah, biarlah kita bersikit-sikit tapi beristiqamah untuk membangunnya. Mudah-mudahan, usaha yang sikit itu, menjadi batu-bata dalam membangunkan Islam.
~Wallahualam

Thursday, March 31, 2011

Pilihan: 1 Muqaddimah

Bismillah..

your decision by learnor deviantart
Pilihan itu pasti Muqaddimah bagi setiap yang berlaku. Sama ada Pilihan itu di buat untuk diri sendiri mahupun orang lain, ia merupakan Pemula bagi sesuatu.
Kita yang dapat hidup hingga hari ini, pasti telah melalui pelbagai pemilihan.

Rahim Ibu; Segalanya bermula
Bermula dengan pemilihan di alam Rahim ibu. Perlumbaan yang 'terhebat' yang setiap sperma telah lalui. Pergelutan, kesusahan, 'kekalahan'. Adalah 'proses pemilihan' untuk dapatkan yang terbaik.
Dan kita perlu yakin, Kita di lahirkan sebagai 'seorang juara' dan kita terpilih untuk lahir di atas muka bumi Allah.

Lahir; Kain putih yang 'diberi' corak
Kelahiran yang berjaya juga adalah pemilihan. Berapa ramai yang tidak terpilih untuk dilahirkan, walaupun berjaya untuk disenyawakan dengan ovum. Alhamdulillah.
Lahirnya seorang bayi, disambut riang oleh mak ayah. Pemilihan Allah terus sahaja berlaku.
Ada yang disambut dengan Takbir dan Azan. Ada juga yang disambut dengan pujian pada Tuhan selain Allah.
Saat itu, bayi itu ditentukan agamanya, Islam? Kristian? Hindu?
Bayi di'waris'kan dengan agama mak ayahnya.

Kanak-kanak; Rebung yang bersedia untuk dilentur
Kanak-kanak membesar dengan contoh dan didikan keluarga. Akal & Perlakuan kanak-kanak dibentuk sedikit demi sedikit.

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah yakni suci dan bersih. Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Riwayat Bukhari)


Pernah tengokkan, video kanak-kanak kecil diajar menari & menyanyi. Umur tak menjangkau 4 tahun sudah pandai menyanyi lagu English. Hebat anak-anak ini. 
Tapi sayang. 
Anak-anak yang boleh dilatih menjadi Hebat dengan Al-Quran, menjadi Hebat dengan nyanyian & tarian.
Ini juga satu pilihan. Pilihan mak ayah untuk anak-anak. 


Remaja; Belajar mengenal Pilihan
Di dalam kehidupan ada 2 pilihan utama. Fujur & Taqwa.


 "maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya" 
(As-Shams : 8)


Pilihan ini, anugerah Allah. 
Oleh kerana ia pilihan, maka sentiasa tiada paksaan untuk memilih antara kedua-duanya. Namun, Allah telah memberi 'guide'


"sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (As-Shams : 9 & 10)


Remaja mula belajar mengenal dengan sendirinya, apa itu Fujur & apa itu Taqwa.
Ada yang berjaya membuat pilihan yang tepat, dan ada juga tersalah membuat pilihan.
Namun, ini juga Pilihan Allah. Ada yang Allah lontarkan kebaikan atas sebab keinginannya dan ada pula yang masih blum dapat.


Dewasa & Tua; Pilihan masih boleh diubah
Setelah beberapa fasa yang yang berlaku, pilihan kita masih boleh diubah. 
Ada yang berkata:
"Sepanjang hidupku, aku menjadi orang baik. Aku nak rasa macam mana rasanya Menjadi Jahat"
ada pula:
"Dah lama sangat dah aku buat dosa. Mungkin dah sampai aku berubah"


Pilihan itu sentiasa ditangan. Ada yang akhirnya terseksa dan kecewa ada yang gembira dan bahagia.


Akhir: Pilihan milik kita, kita yang tentukan. Pilihan milik Allah, Kita doakan
Ramai yang hidup pada hari ini, menyalahkan pada takdir. 
"Tengoklah Allah dah takdirkan aku jadi macam ni, nak buat macam mana??" 
Yakinlah belum terlambat membuat perubahan.
Allah masih memberi peluang kehidupan untuk memohon diberikan petunjuk.
Moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk membuat pilihan yang betul.. =)